Thursday, November 20, 2014

Memperkenalkan ...

Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli memperkenalkan barisan exco-exco baharu bagi sesi 2014/2015.

Mesyuarat bulanan pertama bagi sesi 2014/2015 diadakan bersama semua ahli PRS UMK Jeli pada hari Rabu, 15 Oktober 2014.

Objektif mesyuarat bulanan ini adalah untuk memperkenalkan ahli-ahli baru PRS serta majlis tertinggi disamping mengeratkan hubungan sesama ahli PRS yang lama dan baharu. Mesyuarat ini juga bagi memperkenalkan exco-exco PRS serta tugasan yang berkaitan.

Kepada freshie PRS, sayangilah PRS dan isinya.
TOGETHER WE ARE ONE.
Peace.


EXCO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA



EXCO PRS KOMUNITI


EXCO MODUL, LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INSANIAH

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL SK MERBAU

Pada 9 April 2014 yang lalu, seramai 40 orang warga SK Merbau telah membuat lawatan ke UMK Kampus Jeli bersempena kursus kepimpinan yang berlangsung di Pondok Moden pada 9-11 April.Objektif utama kursus ini ialah melahirkan pelajar yang berdisplin,melahirkan sifat kempimpinan dalam diri pelajar sekolah di samping membentuk jati diri dalam diri pelajar. Kursus ini telah berjalan dengan lancar apabila wujudnya persefahaman dan sifat bertoleransi sesama peserta kursus.

























Program Sinar Harapan

20 - 22 Mac 2014, Pondok Moden Jeli-


      Sebuah program bersama-sama anak yatim dari beberapa buah sekolah dan rumah anak-anak yatim di sekitar Kelantan di antaranya ialah SMK Ayer Lanas, SK Ayer Lanas, Rumah Anak Yatim Salimah, Rumah Anak Yatim Darul Aitam dan Rumah Anak Yatim Taman Sabariah. Aktiviti mewakafkan Al-Quran sempena program Sinar Harapan 2014 telah dilaksanakan dan mendapat sambutan hebat dari semua warg a UMK.. Semangat anak– anak yatim yang    tidak pernah luntur telah mumbuka mata kami agar tidak mudah berputus asa.Walaupun mereka kekurangan ahli keluarga, namun mereka tetap ceria menghadapi hari-hari yang mendatang. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ice breaking, motivasi dan sebagainya bagi       membina  keyakinan diri disamping menonjolkan kreativiti diri setiap peserta. Selain itu, program ini juga bertujuan  untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan pelajaran kepada mereka untuk mengharungi cabaran di masa hadapan.




















COUNSELLING AWARENESS OUTREACHING PROGRAMME (CARE) MH370 & “WAKAF AL-QURAN”

Bertempat di foyer fakulti Universiti Malaysia Kelantan, Kelab Pembumbing Rakan Siswa dengan kerjasama Unit Kaunseling Kerjaya dan Alumni (UKKA) UMK telah berjaya menganjurkan sebanyak 4 siri program CARE dengan tema dan aktiviti yang berbeza. Antara yang diselitkan sepanjang program ini berlangsung adalah sesi inventori bersama para mahasiswa termasuklah ujian inventori warna dan, cinta dan kerjaya. Program ini berjaya dilaksanakan sebanyak dua bulan sekali. Satu slot khas berjaya disempurnakan pada CARE siri ke-2 iaitu pada Mac 2014 yang bertemakan MH370 dalam mengingati serta menunjukkan sokongan moral daripada mahasiswa UMK Kampus Jeli terhadap usaha mencari dan menyelamat nahas pesawat MH370. Di samping itu, program wakaf Al-Quran turut berjaya dilaksanakan yang mana memberi peluang kepada mahasiswa untuk mewakafkan Al-Quran dalam misi mencari dana bagi menyempurnakan Program Sinar Harapan anjuran Kelab PRS UMK.