| Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. | ||
| Tip Mengurangkan Tekanan | ||
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
TOGETHER WE ARE ONE :)
|
Sunday, January 6, 2013
MENGATASI TEKANAN PERASAAN MENGIKUT CARA ISLAM
Saturday, December 22, 2012
MALAM PERMATA GEMILANG
Pada 13 Disember 2012 telah berlangsungnya Malam Permata Gemilang bertempat di Dewan Utama Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Majlis yang bertemakan 'Glamorous Night' ini telah dihadiri oleh semua ahli Pembimbing Rakan Siswa terdiri daripada ahli tahun satu sehingga tahun empat termasuklah ahli dari kampus Pengkalan Chepa. Antara aturcara yang telah dijalankan termasuklah ucapan daripada pensyarah penasihat serta mantan Yang Di-Pertua PRS, acara memotong kek dan penyampaian sijil penghargaan untuk ahli tahun tiga dan empat.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sekalung perghargaan serta tahniah diucapkan buat pensyarah penasihat, pengurus program Malam Permata Gemilang, AJK program serta semua ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Kelantan yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis Malam Permata Gemilang ini.
TOGETHER WE ARE ONE :)
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sekalung perghargaan serta tahniah diucapkan buat pensyarah penasihat, pengurus program Malam Permata Gemilang, AJK program serta semua ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Kelantan yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis Malam Permata Gemilang ini.
TOGETHER WE ARE ONE :)
Annual Grand Meeting (AGM) 2012
Bertempat di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli telah berlangsungnya Annual Grand Meeting (AGM) untuk kelab Pembimbing Rakan Siswa UMK. AGM yang diadakan pada 13 Disember 2012 adalah untuk pemilihan ahli Majlis Tertinggi PRS sesi 2012/2013 yang baru. Pemilihan ini telah menggunakan sistem demokrasi yang mana melibatkan semua ahli PRS dari kampus Jeli serta kampus Pengkalan Chepa. Majlis yang dijalankan hampir 3 jam yang dipengerusikan oleh saudari Menti Saysa yang juga turut dihadiri oleh pensyarah penasihat iaitu Pn Asyikah bt Azahari dan Pn Masturah bt Hj Mahmud telah berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan dititipkan buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
TOGETHER WE ARE ONE :)
TOGETHER WE ARE ONE :)
Subscribe to:
Posts (Atom)


