Wednesday, November 26, 2014

PROGRAM MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS 2014

Pada 16, 17 & 18 November 2014 telah diadakan Program Motivasi Pendidikan Khas daerah Jeli, Kuala Krai, Bachok & Gua Musang. Program ini telah berlangsung di Putra Valley Resort, Tanah Merah, Kelantan. Seramai 150 orang pelajar-pelajar pendidikan khas telah terlibat.

Bagi menjayakan program ini, PRS UMK telah dipanggil sebagai fasilitator dan urusetia program. Program ini bertujuan untuk memupuk rasa cinta & sayang terhadap ibu bapa, meningkatkan tahap keyakinan diri para peserta dan mendidik mereka supaya berdikari & pandai menguruskan diri apabila berjauhan dengan keluarga.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti-aktiviti yang berkonsepkan penekanan terhadap aspek-aspek kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, mendengar dan belajar. Pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan-pengetahuan asas agama Islam seperti solat, rukun iman, rukun islam & rukun solat. Selain itu, para peserta juga diberi peluang untuk merasai pengalaman berkayak, 'water confident' dan 'Supa Dupa'. Peserta juga dikehendaki untuk membuat persembahan berkumpulan yang bertujuan untuk menyerlahkan bakat masing-masing di samping memupuk perasaan tidak takut untuk berkomunikasi di khalayak ramai.
















Thursday, November 20, 2014

PRS TAARUF DAY

Bertempat di Dataran Astaka Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, telah berlangsungnya program PRS Taaruf Day yang diadakan pada 22 Oktober 2014. Program yang berlangsung selama sehari ini memberi peluang kepada setiap ahli PRS untuk berinteraksi sesama sendiri. Antara lain objektif program ini adalah sebagai sesi pengenalan untuk ahli PRS tahun 1 yang baru sahaja diserap masuk sebagai ahli kelab. Aktiviti dimulakan dengan sesi senamrobik, kemudian diteruskan dengan explorace dan pada malamnya pula adalah santai BBQ. Sesungguhnya program seperti ini mampu merapatkan jurang antara ahli PRS yang berbeza tahun meskipon kaum dan agama.