Pada 9 April 2014 yang lalu, seramai 40 orang warga SK Merbau
telah membuat lawatan ke UMK Kampus Jeli bersempena kursus kepimpinan yang berlangsung
di Pondok Moden pada 9-11 April.Objektif utama kursus ini ialah melahirkan
pelajar yang berdisplin,melahirkan sifat kempimpinan dalam diri pelajar sekolah
di samping membentuk jati diri dalam diri pelajar. Kursus ini telah berjalan
dengan lancar apabila wujudnya persefahaman dan sifat bertoleransi sesama
peserta kursus.
Thursday, November 20, 2014
Program Sinar Harapan
20 - 22 Mac 2014, Pondok Moden Jeli-
Sebuah
program bersama-sama anak yatim dari beberapa buah sekolah dan rumah anak-anak
yatim di sekitar Kelantan di antaranya ialah SMK Ayer Lanas, SK Ayer Lanas,
Rumah Anak Yatim Salimah, Rumah Anak Yatim Darul Aitam dan Rumah Anak Yatim
Taman Sabariah. Aktiviti mewakafkan Al-Quran sempena program Sinar Harapan 2014
telah dilaksanakan dan mendapat sambutan hebat dari semua warg a UMK.. Semangat
anak– anak yatim yang tidak pernah
luntur telah mumbuka mata kami agar tidak mudah berputus asa.Walaupun mereka
kekurangan ahli keluarga, namun mereka tetap ceria menghadapi hari-hari yang
mendatang. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ice breaking, motivasi dan
sebagainya bagi membina keyakinan diri disamping menonjolkan
kreativiti diri setiap peserta. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan
pelajaran kepada mereka untuk mengharungi cabaran di masa hadapan.
COUNSELLING AWARENESS OUTREACHING PROGRAMME (CARE) MH370 & “WAKAF AL-QURAN”
Bertempat di foyer
fakulti Universiti Malaysia Kelantan, Kelab Pembumbing Rakan Siswa dengan
kerjasama Unit Kaunseling Kerjaya dan Alumni (UKKA) UMK telah berjaya
menganjurkan sebanyak 4 siri program CARE dengan tema dan aktiviti yang
berbeza. Antara yang diselitkan sepanjang program ini berlangsung adalah sesi
inventori bersama para mahasiswa termasuklah ujian inventori warna dan, cinta
dan kerjaya. Program ini berjaya dilaksanakan sebanyak dua bulan sekali. Satu
slot khas berjaya disempurnakan pada CARE siri ke-2 iaitu pada Mac 2014 yang
bertemakan MH370 dalam mengingati serta menunjukkan sokongan moral daripada
mahasiswa UMK Kampus Jeli terhadap usaha mencari dan menyelamat nahas pesawat
MH370. Di samping itu, program wakaf Al-Quran turut berjaya dilaksanakan yang
mana memberi peluang kepada mahasiswa untuk mewakafkan Al-Quran dalam misi
mencari dana bagi menyempurnakan Program Sinar Harapan anjuran Kelab PRS UMK.
Subscribe to:
Posts (Atom)