Program ini telah berlangsung selama 3hari 2malam iaitu pada 3 hingga 5 November 2013 dan bertempat di KELA ADVENTURE CAMP, Raub, Pahang .Program ini telah disertai seramai 82 peserta yang terdiri daripada PRS UMK daripada ketiga-tiga kampus iaitu kampus Pengkalan Chepa, kampus Jeli dan Kampus Bachok dan 4 orang penasihat kelab Pembimbing Rakan Siswa UMK yang terdiri daripada Pegawai Psikologi UMK.
Program ini bertujuan untuk melicinkan perlaksanaan program-program PRS pada sesi 2013 disamping pembentangan Takwim Aktiviti Tahunan untuk setiap Exco yang terdiri daripada Exco Publisiti, Exco Modul dan Pembangunan Insaniah dan Exco PRS Komuniti.
Selain itu,terdapat juga aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan termasuklah "Jungle Trekking" , "Water Confident", "Water Rafting", "Flying Fox", "Night Walk" dan "Survivor Cooking" .Aktiviti-aktiviti ini dapat melatih para peserta terumanya didalam aspek kerjasama didalam kumpulan dan aspek kepimpinan yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada didalam diri setiap ahli PRS.
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT ,kerana dengan limpah kurnia-NYA, segala aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya dan sekalung penghargaan untuk mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sejak daripada perancangan program 1T1S ini sehinggalah kepada perlaksaan program ini dan juga ribuan terima kasih buat pelatih-pelatih daripada Kela Adventure Camp yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami.
Saturday, November 30, 2013
KOMUNITI KUALA BALAH
Program Komuniti ini telah dilaksanakan pada 13,14 dan 15 November 2013 bertempat di Kuala Balah.Kuala Balah merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah Kuala Balah iaitu salah satu daerah kecil dalam jajahan Jeli.Pekan ini terletak kira-kira 32 km dari Pusat Bandar Utama Jajahan Jeli iaitu Bandar Jeli,Kelantan. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada ahli PRS UMK kampus jeli.
Program ini adalah bertujuan untuk memberikan khidmat komuniti di salah sebuah rumah O.K.U di kawasan Kuala Balah itu sendiri. Antara khidmat komuniti yang dilaksanakan ialah pembersihan kawasan rumah O.K.U tersebut disamping mewujudkan hubungan mesra antara masyarakat sekitar bersama PRS UMK.
Akhir kata, diharapkan khidmat komuniti yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan kawasan sekitar disamping meringankan beban penduduk rumah O.K.U tersebut dan diharapkan juga hubungan persaudaraan yang terjalin akan semakin utuh antara PRS UMK dan penduduk rumah O.K.U Kuala Balah.

![]() |
| Pembersihan kawasan sekitar rumah O.K.U |
![]() |
| Mengumpul ranting-ranting kayu. |
![]() |
| Sesi ramah mesra antara penduduk rumah O.K.U dan PRS UMK. |
![]() |
| sesi mengecat |
PROGRAM NLP FOUNDATION (Neuro-Linguistic Programming)
Program NLP Foundation yang berlangsung pada 16 November 2013 yang lepas telah disertai 50 orang yang terdiri daripada PRS UMK, pelajar UMK itu sendiri dan juga peserta luar yang berasal dari sekitar Kedah Darul Aman. Program ini yang telah bertempat di Dewan Inspin,Alor Setar Kedah merupakan program pengenalan kepada NLP(Neuro-Linguistic Programming) dimana bertujuan untuk melatih peserta agar mengaplikasikan pengunaan otak dan kelebihan minda dengan betul.
Peserta dilatih cara mudah komunikasi dengan hanya menggunakan 6 deria iaitu VISUAL(deria mata iaitu melihat ), AUDITORY( deria telinga iaitu mendengar), KINESTHETIC( deria sentuh), OLFACTORY(deria hidu),GASTUTORY(deria rasa) dan AUDIO DIGITAL(suara hati). Kaedah yang diajar amat berguna terutamanya kepada PRS UMK itu sendiri kerana setiap yang diajar dapat diaplikasikan didalam program-program PRS terutamanya yang melibatkan aspek komunikasi.

| PRS UMK dan pelajar UMK |
![]() |
| Peserta dari seluruh Kedah bersama mahasisiwa/i UMK |
Wednesday, October 23, 2013
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK. SG RUAL 2013
Pada
19-21 September 2013 yang lalu telah berlangsungnya perkhemahan unit
beruniform 2013 di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli,
Kelantan.Program ini berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam di
bawah pimpinan 15 barisan fasilitator PRS UMK dan PRS komuniti.
Sebagai
pengenalan, sekolah ini merupakan sekolah murid orang asli suku kaum
Jahai dalam jajahan Jeli terletak lebih kurang 25 km dari bandar
Jeli.Oleh itu, peserta-peserta program ini terdiri daripada
pelajar-pelajar orang asli suku kaum Jahai.Ketika program ini berlangsung pelbagai aktiviti LDK di
jalankan bersama-sama fasilitator untuk mencapai objektif perkhemahan
ini.Dengan persediaan yang telah dibuat segala program berjalan dengan
lancar dan diharapkan para peserta mendapat manfaat daripada program
tersebut.
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada
warga Sk. Sg. Rual atas kerjasama dan kepercayaan diberikan kepada PRS
UMK untuk menjalankan program sebegini.Diharapkan program sebegini dapat
diteruskan pada masa hadapan.
Panorama Sk. Sg. Rual
Peserta Program
Senaman Pagi
Tuesday, September 24, 2013
SEMINAR KERJAYA HALATUJU KERJAYA GENERASI 'Y' 2013
Bertempat di Dewan UMK Kampus Jeli telah berlangsungnya Seminar Kerjaya Halatuju Generasi 'Y' 2013. Progam yang dirangka khas untuk mahasiswa/siswi ini telah diadakan pada 23 Mei 2013 dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada siswa/siswi tentang alam pekerjaan sebenar pada masa hadapan.Program ini sebenarnya antara pelengkap kepada UMK Career Exposition (UCEX) yang juga merupakan aktiviti antara usahasama PRS UMK dengan Majlis Perwakilan Pelajar UMK.
Program yang bermula pada jam 8 malam ini telah menerima penyertaan sebanyak 300 orang yang terdiri daripada kalangan mahasiswa kampus jeli. Sepanjang program ini, para peserta didedahkan dengan dunia pekerjaa, cara menulis resume serta etika ketika menghadiri temuduga.
Diharapkan agar para peserta dapat mengambil input yang berguna sepanjang program ini berlangsung. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan buat jawatankuasa program PRS UMK serta MPP UMK.
TOGETHER WE ARE ONE ..

Kem Kepimpinan SK MERBAU
Bertempat di Taman Santuari Tasik Pergau, telah berlangsungnya Kem Kepimpinan Sekolah Kebangsaan Merbau yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Program yang bermula pada 8 mei 2013 sehingga 10 mei 2013 berlangsung dengan jayanya apabila nilai-nilai kepimpinan berjaya diterapkan dalam kalangan para peserta.
Seramai 14 orang fasilitator yang terdiri daripada ahli PRS UMK telah bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melaksanakan objektif program. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan kepimpinan, kerjasama, kejujuran telah dirangka seminggu sebelum program bermula lagi. Dengan seliaan Pegawai Kaunseling UMK, maka para fasilitator tidak mempunyai sebarang masalah dalam menyempurnakan segala aktiviti termasuklah Latihan Dalam Kumpulan.
Diharapkan agar para peserta dapat mengambil input yang berguna dalam program tersebut. Sekalung apresiasi dititipkan buat pihak Sekolah Kebangsaan Merbau kerana memberi kepercayaan kepada PRS UMK dalam melaksanakan program ini.
TOGETHER WE ARE ONE =D

Group Photo
Aktiviti Explorace
Costume Paper
Suasana Di Tasik Pergau
Sesi Pembentangan
LDK Mesej Berantai
Semangat Berpasukan
Menjaga Kebajikan Para Peserta
Menulis Sajak Kepimpinan
Para Fasilitator bersama Guru SK Merbau
Para Guru SK Merbau, Para Fasilitator PRS UMK, dan Para Peserta
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)