Saturday, November 30, 2013

KOMUNITI KUALA BALAH

Program Komuniti ini telah dilaksanakan pada 13,14 dan 15 November 2013 bertempat di Kuala Balah.Kuala Balah merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah Kuala Balah iaitu salah satu daerah kecil dalam jajahan Jeli.Pekan ini terletak kira-kira 32 km dari Pusat Bandar Utama Jajahan Jeli iaitu Bandar Jeli,Kelantan. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada ahli PRS UMK kampus jeli. 

          Program ini adalah bertujuan untuk memberikan khidmat komuniti di salah sebuah rumah O.K.U di kawasan Kuala Balah itu sendiri. Antara khidmat komuniti yang dilaksanakan ialah pembersihan kawasan rumah O.K.U tersebut disamping mewujudkan hubungan mesra antara masyarakat sekitar bersama PRS UMK.

           Akhir kata, diharapkan khidmat komuniti yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan kawasan sekitar  disamping meringankan beban penduduk rumah O.K.U tersebut  dan diharapkan juga hubungan persaudaraan yang terjalin akan semakin utuh antara PRS UMK dan penduduk rumah O.K.U Kuala Balah.


Pembersihan kawasan sekitar rumah O.K.U

Mengumpul ranting-ranting kayu.
Sesi ramah mesra antara penduduk rumah O.K.U dan PRS UMK.
sesi mengecat






PROGRAM NLP FOUNDATION (Neuro-Linguistic Programming)

   Program NLP Foundation yang berlangsung pada 16 November 2013 yang lepas telah disertai 50 orang yang terdiri daripada PRS UMK, pelajar UMK itu sendiri dan juga peserta luar yang berasal dari sekitar Kedah Darul Aman. Program ini yang telah bertempat di Dewan Inspin,Alor Setar Kedah merupakan program pengenalan kepada NLP(Neuro-Linguistic Programming) dimana bertujuan untuk melatih peserta agar mengaplikasikan pengunaan otak dan kelebihan minda dengan betul.

      Peserta dilatih cara mudah komunikasi dengan hanya menggunakan 6 deria iaitu VISUAL(deria mata iaitu melihat ), AUDITORY( deria telinga iaitu mendengar), KINESTHETIC( deria sentuh), OLFACTORY(deria hidu),GASTUTORY(deria rasa) dan AUDIO DIGITAL(suara hati). Kaedah yang diajar amat berguna terutamanya kepada PRS UMK itu sendiri kerana setiap yang diajar dapat diaplikasikan didalam program-program PRS terutamanya yang melibatkan aspek komunikasi.



PRS UMK dan pelajar UMK

Peserta dari seluruh Kedah bersama mahasisiwa/i UMK

Wednesday, October 23, 2013

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK. SG RUAL 2013




Pada 19-21 September 2013 yang lalu telah berlangsungnya perkhemahan unit beruniform 2013 di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual, Jeli, Kelantan.Program ini berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam di bawah pimpinan 15 barisan fasilitator PRS UMK dan PRS komuniti.

Sebagai pengenalan, sekolah ini merupakan sekolah murid orang asli suku kaum Jahai dalam jajahan Jeli terletak lebih kurang 25 km dari bandar Jeli.Oleh itu, peserta-peserta program ini terdiri daripada pelajar-pelajar orang asli suku kaum Jahai.Ketika program ini berlangsung pelbagai aktiviti LDK di jalankan bersama-sama fasilitator untuk mencapai objektif perkhemahan ini.Dengan persediaan yang telah dibuat segala program berjalan dengan lancar dan diharapkan para peserta mendapat manfaat daripada program tersebut.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada warga Sk. Sg. Rual atas kerjasama dan kepercayaan diberikan kepada PRS UMK untuk menjalankan program sebegini.Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan.


TOGETHER WE ARE ONE...

 Panorama Sk. Sg. Rual

 
 Peserta Program

Senaman Pagi

 Sesi LDK

 Expolarace

Majlis Penutup

Tuesday, September 24, 2013

SEMINAR KERJAYA HALATUJU KERJAYA GENERASI 'Y' 2013

Bertempat di Dewan UMK Kampus Jeli telah berlangsungnya Seminar Kerjaya Halatuju Generasi 'Y' 2013. Progam yang dirangka khas untuk mahasiswa/siswi ini telah diadakan pada 23 Mei 2013 dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada siswa/siswi tentang alam pekerjaan sebenar pada masa hadapan.Program ini sebenarnya antara pelengkap kepada UMK Career Exposition (UCEX) yang juga merupakan aktiviti antara usahasama PRS UMK dengan Majlis Perwakilan Pelajar UMK.

Program yang bermula pada jam 8 malam ini telah menerima penyertaan sebanyak 300 orang yang terdiri daripada kalangan mahasiswa kampus jeli. Sepanjang program ini, para peserta didedahkan  dengan dunia pekerjaa, cara menulis resume serta etika ketika menghadiri temuduga.

Diharapkan agar para peserta dapat mengambil input yang berguna sepanjang program ini berlangsung. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan buat jawatankuasa program PRS UMK serta MPP UMK.

TOGETHER WE ARE ONE ..















Kem Kepimpinan SK MERBAU

Bertempat di Taman Santuari Tasik Pergau, telah berlangsungnya Kem Kepimpinan Sekolah Kebangsaan Merbau yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Program yang bermula pada 8 mei 2013 sehingga 10 mei 2013 berlangsung dengan jayanya apabila nilai-nilai kepimpinan berjaya diterapkan dalam kalangan para peserta.

Seramai 14 orang fasilitator yang terdiri daripada ahli PRS UMK telah bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melaksanakan objektif program. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan kepimpinan, kerjasama, kejujuran telah dirangka seminggu sebelum program bermula lagi. Dengan seliaan Pegawai Kaunseling UMK, maka para fasilitator tidak mempunyai sebarang masalah dalam menyempurnakan segala aktiviti termasuklah Latihan Dalam Kumpulan.

Diharapkan agar para peserta dapat mengambil input yang berguna dalam program tersebut. Sekalung apresiasi dititipkan buat pihak Sekolah Kebangsaan Merbau kerana memberi kepercayaan kepada PRS UMK dalam melaksanakan program ini.

TOGETHER WE ARE ONE =D

Group Photo

Aktiviti Explorace

Costume Paper


Suasana Di Tasik Pergau



Sesi Pembentangan

LDK Mesej Berantai


Semangat Berpasukan

Menjaga Kebajikan Para Peserta

Menulis Sajak Kepimpinan


Para Fasilitator bersama Guru SK Merbau


Para Guru SK Merbau, Para Fasilitator PRS UMK, dan Para Peserta

Sunday, May 19, 2013

Program Kecemerlangan Matematik SMK JELI

Bertempat di Dewan Besar SMK Jeli telah berlangsungnya program kecemerlangan Matematik selama satu hari pada 27 April 2013 yang lepas.  Program yang melibatkan pelajar Tingakatan 3 sebagai peserta dan PRS UMK serta PRS Kemuniti UMK bertindak sebagai fasilitator. Program yang berkonsepkan mentor mentee ini berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama pihak panitia Matematik serta dengan sokongan para guru SMK Jeli. Para peserta dikehendaki menyelesaikan soalan meneyelesaikan masalah dengan cara perbincangan sesama ahli kumpulan serta bantuan fasilitator. Syukur Alhamdulillah, segala yang berlangsung bukan sahaja memberi input yang berguna kepada para peserta malah juga kepada para fasilititator sebagai medium untuk meningkatkan keyakinan diri malah suatu pengalaman yang berguna untuk digunakan pada masa hadapan.

 Sekian, terima kasih.

TOGETHER WE ARE ONE :3