Tuesday, December 11, 2012

1 Team for 1 Spirit

Bertempat di Kem Lang Buana, Perak River Safari telah berlangsungnya program One Team for One Spirit selama 3 hari 2 malam. Program yang bermula pada 29/11//2012 sehingga 1/12/2012 ini telah melibatkan seramai 59 ahli Kelab  PRS (Pembimbing Rakan Siswa) UMK dari kampus Jeli serta kampus Kota.

Program yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan berkumpulan bagi ahli Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UMK yang turut banyak menekankan aspek kepimpinan bagi setiap aktiviti yang telah dirangka. Selain daripada itu, program ini mampu memberi peluang kepada ahli senior dan junior untuk mengenali satu sama lain serta bertukar pandangan dan pengalaman yang ada pada setiap ahli.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Icebreaking, Perbincangan dan Pembentangan Takwim Aktiviti Tahunan Untuk Setiap Exco serta Latihan Dalam Kumpulan. Aktiviti outdoor turut dijalankan termasuklah 'Fireball', 'Island Trekking', 'Water Confident', 'Water Rafting' dan 'Night Walk'. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sekalung peghargaan dititpkan untuk mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
















































Wednesday, November 28, 2012

FaMiLY DaY :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Pada 17 November yang lalu, PRS UMK telah mengadakan Hari Keluarga (Family Day) bertempat di Pantai Bukit Keluang yang terletak besempadan antara Kelantan dan Terengganu. Program ini disertai oleh ahli PRS daripada kampus Jeli dan kampus Kota. Objektif program ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli daripada kalangan senior dan junior serta mampu mengutuhkan ikatan antara ahli kedua-dua kampus.

Beberapa aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program sehari tersebut. Aktiviti yang dilaksanakan berkonsepkan kekeluargaan yang mana menekankan semangat kerjasama daripada setiap ahli kumpulan di samping turut mengambil kira aspek kepimpinan. Beberapa pertandingan turut dilangsungkan yang akhirnya kumpulan yang berjaya dinobatkan sebagai kumpulan terbaik. Keindahan Pantai Bukit Keluang sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila kesemua peserta menunjukkan reaksi bangga dan berpuas hati setelah setiap aktiviti yang dijalankan..

Alhamdulillah program Family Day telah berjalan dengan sempurna. Kami selaku wakil PRS mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PRS serta unit Rundingcara Kaunseling & Kermajuan Kerjaya UMK dalam menjayakan program ini.