Saturday, April 7, 2012

Lawatan SK Bukit Jering Ke UMK Jeli

Pada 4 April 2012 yang lepas, seramai 22 orang pelajar bersama 8 orang guru dari SK Bukit Jering, Dabong, Kelantan telah berkunjung ke UMK cawangan Jeli. Tujuan lawatan sehari ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap dunia luar dan cara berkomunikasi dengan orang ramai. 22orang pelajar yang dibawa ialah para pelajar yang terdiri daripada pelajar kelainan upaya (OKU). Seramai 14 orang ahli PRS telah terlibat secara langsung di bawah bimbingan Cik Asyikah dalam menjayakan program ini.

Kami telah membawa pelajar serta guru-guru melawat sekitar UMK Jeli. Termasuklah blik kuliah, bilik pensyarah, serta makmal-makmal yang ada di umk Jeli. Seterusnya, kami menyediakan beberapa modul untuk para pelajar untuk mengisi masa mereka. Banyak benda baru yang dipelajari oleh ahli PRS sepanjang menguruskan program ini. Ternyata, ianya tidak semudah yang disangka. Namun, Alhamdullilah, semua nya berjalan dengan baik.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan SK Bukit Jering ke UMK Jeli. InsyaAllah, ini tidak akan berhenti disini sahaja. 

Sedikit memori yang dapat kami rakamkan sepanjang program berlangsung.














EXCO PENERBITAN DAN PUBLISITI

Friday, March 30, 2012

DISCOVERY OF SOCIAL ENTREPRENEURSHIP (DOSE) JOURNEY

Pada 16-18 Mac 2012 baru-baru ini, Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UMK telah menganjurkan Seminar Pengantarabangsaan, DOSE Journey bertempat di University Malaysia Kelantan kampus Pengkalan Chepa. Sebanyak 5 universiti telah menghantar wakil masing-masing untuk mengikuti seminar ini. Antara universiti yang telah menghantar wakil ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan wakil kelab dan persatuan daripada pihak penganjur iaitu wakil UMK.

Antara pengisian sepanjang program adalah, pembentangan daripada ahli-ahli PRS yang telah mengikuti program pengantarabangsaan ke Acheh. Terdapat beberapa slot telah dibahagikan bermula daripada pembentangan kertas kerja dan dana oleh ahli-ahli PRS yang terlibat. Terdapat juga slot kajian psikologi. Secara ringkas nya, semua pembentangan telah diberikan oleh semua ahli PRS umk yang terlibat.

Akhir kata daripada pihak kami, pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua universiti yang sudi menghantar wakil untuk program DOSE ini. Segala kekurangan amatlah kami kesali. Diharapkan penganjuran seminar DOSE ini akan lebih membantu mahasiswa untuk menganjurkan lebih banyak program pengantarabangsaan lagi. Sekian


ADMIN































Wednesday, February 29, 2012

SEMINAR ASPIRASI MAHASISWA : DISCOVERY OF SOCIAL ENTERPRENEUR JOURNEY (DOSE Journey 2012)

Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMK telah mengadakan Progarm Pengantarabangsaan dan Kajian Psikologi Mangsa Bencana Nanggroe Acheh pada 4-11 November 2011 yang lalu. Misi pengantarabangsaan tersebut dianjurkan oleh golongan mahasiswa sepenuhnya. Kesinambungan dari program tersbut, satu SEMINAR ASPIRASI MAHASISWA : DISCOVERY OF SOCIAL ENTERPRENEUR JOURNEY (DOSE Journey 2012) akan diadakan :

TARIKH 16-18 MAC 2012
TEMPAT : UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
TEMA : MAHASISWA PEMACU KEHARMONIAN DUNIA




EXCO Publisiti dan Penerbitan
NH

Team Building PRS '1Team 1Spirit'

Pada 15-17 Februari yang lepas, Bahagaian Bimbingan dan Kaunseling Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan Team Building untuk ahli-ahli pembimbing rakan siswa universiti malaysia kelantan bertemapat di Dusun Eco Resort, Bentong pahang. Seramai 25 orang ahli telah mengikuti program ini berserta 2orang fasilitator, 3orang kaunselor pelatih serta seorang pegawai kaunseling. ternyata, banyak input yang dpat ahli2-ahli prs dapat melalui team building ini. bertemakan semangat ' 1 team 1 spirit', ahli0ahli dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi. 

oleh kerana sekarang universiti malaysia kelantan sekarang telah berpecah kepada 3 kampus iaitu, kampus pengkalan chepa, kampus jeli dan kampus bachok, hubungan ahli2 tidak tertakluk hanya kepada 1 kampus sahaja. setiap makluman akan diberikan kepada setiap kampus. bertemakan 1t 1s, kami adalah satu. dan pengisisan team buiding ini akan lebih dapat mengeratkan silatureahim antara ahli-ahli prs umk
















EXCO Publisiti dan Penerbitan
NH

Tuesday, March 15, 2011

FAMILY DAY PRS

Salam..buat pengetahuan semua, pada 19 Mac 2011, juga akan diadakan program Family Day PRS.
Program tersebut akan dijalankan pada sebelah pagi, bermula dari jam 8.30am- 12.00pm, bertempat di Dataran Kolej Kediaman. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan.Jom sama-sama meriahkan suasana program...=)

malam permata gemilang PRS

Salam ukhwah buat semua..program Malam Permata Gemilang PRS, specially untuk warga PRS UMK akan diadakan seperti butiran berikut:
masa : 8.00pm-11.30pm
tarikh : 19 Mac 2011, Sabtu
tempat : Dewan Terbuka UMK

Seluruh warga PRS UMK (dari semua batch) dijemput hadir. TQ