Salam semua Ahli PRS yg disayangi n di kasihi Tarikh: Sabtu ( 17Julai 2010 ) Masa : 7.30mlm ( Sila Magrib dahulu ya ) Tempat : BK5 Tujuan: Jamuan makan Special tuk semua ahli & bertanya khabar
Silalah hadirkan diri & memberi kerjasama sepenuhnya
Tujuan: Phylo-ilmu adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam setiap pelajaran yang diklasifikasikan susah. Untuk program yang pertama pada hari khamis, 4 februari 2010, adalah khusus untuk subjek kimia am. Dan untuk setiap minggu, subjek yang berlainan akan dibincangkan.
Hasil Dapatan: Pada hari khamis, 4 februari 2010, program phylo-ilmu pertama telah dijalankan di bk4. Seramai 24 daripada 36 orang pelajar dari SBN 1, telah menghadirkan diri. Kelas bermula jam 9.30 pagi,dan rasminya berakhir jam 11 pagi. 6 kumpulan telah dibentuk. Setiap kumpulan membincangkan separuh dari keseluruhan bab, dan sebanyak lebih kurang 5 bab yang ada. Hasil daripada program ini, pelajar-pelajar telah berbincang sesama ahli kumpulan, dan membuat peta minda untuk setiap sub-topik tiap-tiap bab. Dan kesemua peta minda ini telah dikumpul dan disusun mengikut bab-bab. Peta minda ini akan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang terbabit, kemudian setiap kelas yang mengambil subjek kimia am akan mendapat satu set peta minda ini sebagai bahan rujukan tambahan sempena ujian yang akan berlangsung kelak.
Pada 30 Januari yang lepas, seramai 35 orang pelajar telah menyertai kem kaunseling kelompok “PRS Bersama Mahasiswa/i”yang telah diadakan di La Hot Spring, Besut. Para peserta diiringi oleh Tn. Hj Wan Supian Sori selaku Pegawai Psikologi dan juga Penasihat Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Universiti Malaysia Kelantan.
Program tersebut dianjurkan oleh Exco Dana & Penajaan dan tutut dibantu Exco Akademik. Program ini diketuai oleh Mohd Ali Bin Md Yasin, dibantu oleh Mohd Farisfitri dan 8 orang fasilitator yang terpilih.
Peserta bertolak dari UMK seawal jam 7.45 pagi. Setibanya peserta di La hot Spring, peserta telah diberikan taklimat ringkas oleh pengurus kawasan La Hot Spring berkenaan pantang larang dan peraturan di kawasan tersebut.
Aktiviti bermula dengan modul 1, iaitu Pasar Malam dan Ice Breaking di mana para peserta saling mengenali antara satu sama lain dengan cara yang berbeza dan menarik. Seterusnya, modul 2 dijalankan, di mana peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan bermain permainan Boom Binatang. Peserta turut menyertai satu lagi modul yang dinamakan Teloq Dalam Castle.
Aktiviti berasaskan modul dijalankan sehingga tengahari. Pada sebelah petang, peserta menjalankan sedikit riadah dan aktiviti bebas. Aktiviti tamat menjelang jam 4.30 petang dan setiap peserta berkumpul dan bertolak pulang ke kampus.
Para peserta berpuas hati dengan program yang disertai. Walaupun masing-masing keletihan, namun mereka berasa seronok dan telah mendapat banyak pembelajaran baru mengenai semangat sepasukan melalui modul-modul yang telah dijalankan.