Friday, October 30, 2015

Jeli Agriculture, Horticulture & Agro-ecotourism Carnival JAHAC


Festival Jeli Agriculture Horticulture & Agro-ecotourism Carnival (JAHAC) telah berlangsung pada 22 hingga 23 Oktober yang lalu dengan pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang 4 hari karnival berlangsung.


Kelab PRS UMK Jeli turut mengambil kesempatan untuk memeriahkan lagi acara tahunan berkenaan dengan menganjurkan Kem Motivasi & Kepimpinan bagi pelajar-pelajar sekolah yang hadir ke festival berkenaan.

Bertempat di Dewan Bandar Jeli, tiga LDK telah dilaksanakan iaitu BINGO, Word search dan Aim Your Target. Hampir kesemua sekolah dalam daerah Jeli terlibat dengan program ini.


Program JAHAC ini berjaya dilaksanakan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan terutama UMK.

"TOGETHER WE ARE ONE"




COUNSELING AWARENESS OUTREACHING PROGRAM (CARE)


Bertempat di bangunan fakulti UMK Jeli pada 15 Oktober 2015 telah berlangsungnya CARE yang pertama buat sesi 2015/2016 yang dijayakan oleh PRS Komuniti. CARE terbuka kepada semua mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dengan ahli PRS serta membantu para pelajar mengetahui kerjaya yang bersesuaian dengan diri mereka berdasarkan inventori yang telah disediakan oleh pegawai kaunselor. Tajuk CARE kali ini adalah Inventori Gaya Bercinta.





Kesimpulannya, program ini bukan sahaja memberikan input yang berguna dan bermanfaat buat para peserta tetapi juga melatih ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa yang baharu untuk merancang dan mengendalikan program-program lain pada masa hadapan. Semoga pengalaman ini mampu menjadikan para pelajar dan ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa yang baru lebih menghargai peluang dan ilmu diperolehi untuk manfaat bersama.

Sunday, October 25, 2015

FUNDRACE 3.0 KAMPUS KOTA


Refreshment sebelum Program Fundrace 3.0 bermula

Pada 14 Oktober 2015, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Kampus Kota telah mengadakan program fundrace 3.0 di Pasar Pasir Mas, Kelantan. Seramai  39 orang  peserta dari tahun 1, 2 dan 3 telah menyertai program ini. Objektif program ini ialah untuk mengutip dana untuk program ke Sabah.


Para peserta sedang bersiap sedia sebelum memulakan tugas di Pasar Pasir Mas


Peserta Tahun 2 sedang mendapatkan pekerjaan



Pekerjaan yang dilakukan oleh para peserta program Fundrace 3.0 

Program Fundrace 3.0 ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) berharap program ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

FUNRACE 2.0 KAMPUS KOTA


Fund Race 2.0 telah dilaksanakan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS) Pengkalan Chepa pada 10 oktober 2015. Program ini telah dilakukan di Pasar Siti Khadijah. Seramai 30 ahli PRS PC dari tahun 1 hingga 4 telah menyertai program ini. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menggumpul dana untuk di bawa ke sabah. Program ini sekaligus dapat meningkatkan keyakinan dan daya komunikasi antara ahli prs dan masyarakat setampat. Pelbagai perkajaan menarik telah dilakukan oleh peserta untuk mengumpul dana.




Peserta bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan untuk mengumpul dana


Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi kebebasan untuk memilih pekerjaan. Pada akhir program semua kumpulan berjaya mengumpul dana hasil daripada pekerjaan yang dilakukan. Para peserta dapat merasai pengalaman yang amat berharga daripada program ini.
Ahli prs yang telah memberi komitmen untuk menjayakan program fund race

"Life is a game with obstacles encountered and when there is a chance, we have to seize it"

Saturday, October 17, 2015

JELI AGRICULTURE, HORTICULTURE & AGRO-ECOTOURISM CARNIVAL (JAHAC) 2015



Jeli Agriculture, Horticulture & Agro-ecotourism Carnival atau JAHAC adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan. Kelab Pembimbing Rakan Siswa UMK akan turut serta memeriahkan karnival kali ini yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 22-25 Oktober 2015
Tempat: Dataran Bandar Jeli, Kelantan Darul Naim
Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang empat hari karnival ini berlangsung. Mari semua meriahkan lagi karnival ini dan lawati booth PRS di JAHAC 2015 kali ini.

Antara aktiviti yang diadakan:
-Karnival Kerjaya
-Dikir Barat bersama Megat Nordin
-Forum Perdana bersama PU Yeop
-Bina Badan
-Fun Ride
-Pertandingan Burung Candik
-Konvoi Superbike
-Kereta Kuda Berhias
-Pesta Buku







Thursday, October 8, 2015

EXPOSURE 2015 KAMPUS JELI


Program EXPOSURE 2015 adalah bertujuan untuk membiasakan diri mahasiswa mahasiswi baharu UMK Kampus Jeli dengan kehidupan di UMK amnya dan UMK Jeli khususnya. Program ini telah berlangsung pada 16 September 2015 dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Pelbagai modul menarik telah dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, melatih kemahiran insaniah dan meneroka kreativiti para pelajar baharu UMK.


Pegawai Psikologi UMK Kampus Jeli, Cik Aida turut menyampaikan taklimat beliau.


Program EXPOSURE kali ini dibahagi mengikut Fakulti Sains Bumi yang dijalankan pada waktu pagi manakala Fakulti Industri Asas Tani diadakan pada sesi petang. Program yang santai dan meriah ini berjaya dijalankan mengikut jadual. Antara modul yang diadakan adalah Mesin Manusia dimana mereka perlu mencipta suatu mesin menggunakan ahli kumpulan mereka sendiri. Antara idea menarik daripada peserta adalah mesin mengurus diri.

Fasilitator dari tahun 2 hingga 4 berjaya menghadirkaan diri untuk bersama menjayakan EXPOSURE kali ini.

Annual Grand Meeting PRS Kampus Jeli


Pada 5 Oktober 2015 yang lepas telah berlansungnya Annual Grand Meeting (AGM) PRS Kampus Jeli buat pertama kalinya bagi sesi 2015/2016. Tujuan AGM ini diadakan adalah untuk memperkenalkan ahli keluarga baharu PRS Kampus Jeli, peletakan jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi PRS Kampus Jeli sesi 2014/2015 serta pemilihan Ahli-ahli baharu Majlis Tertinggi PRS Kampus Jeli sesi 2015/2016.

Pada sesi 2015/2016 seramai 30 ahli baharu PRS Jeli telah dipilih melalui tapisan yang ketat oleh panel temuduga dan ini merupakan perjumpaan sulung mereka bersama Ahli PRS Tahun 2, 3 & 4. Sekalung ucapan tahniah diucapkan dari keluarga PRS. 

Permulaan semester baharu juga bererti peletakan jawatan oleh MT PRS Jeli sesi 2014/2015 untuk menyerahkan amanat kepada MT yang baharu. Pemilihan telah diadakan secara demokrasi. Ahli-ahli PRS Jeli telah mengundi dan memilih:

YDP: Abdul Rahman
NYDP: Amal Yazmi
SETIAUSAHA: Sunaini
BENDAHARI: Haneey

Kami daripada PRS Kampus Jeli ingin mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas. Semoga amanah digalas dengan penuh dedikasi. 

"Together We Are One"