Sunday, April 20, 2014

Bakti Siswa

Pada 6-8 Mac 2014 yang lalu, Unit Kaunseling&Alumni, Kelab Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Dun Gual Ipoh & Parlimen Tanah Merah telah mengadakan program bakti siswa iaitu siswa ke desa dengan tema "amalan menabung:10 sen lama-lama menjadi 10 ringgit".Program ini dirasmikan oleh YB. DATO' HJ. IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ, ahli parlimen Tanah Merah.Program ini telah berlangsung di Kampung Bukit Durian, Tanah Merah, Kelantan dengan disertai 80 orang ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa(PRS).


Program ini adalah bertujuan menggalakkan mahasiswa turun padang untuk menabur bakti kepada masyarakat terutamanya penduduk di kampung-kampung di luar bandar selain menerapkan aktiviti menabung di kalangan generasi muda pada hari ini.Justeru itu, pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengisi program yang diadakan selama tiga hari itu seperti aktiviti LDK menabung, sukaneka, aktiviti masak makanan tradisional, gotong-royong dan sebagainya.



Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Ipoh,Y.B. Mohd Bakri bin Mustapha dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Y.Bhg. Prof. Abd. Aziz bin Ab. Latif.

TOGETHER WE ARE ONE :)
antara ahli yang menyertai


 
sebahagian penduduk kampung






Malam Final Anugerah Tokoh Siswa 2013

Pada 1 Mac 2014 yang lalu bertempat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu telah diadakan Anugerah Tokoh Siswa 2013.Anugerah Tokoh Siswa 2013 ini telah disempurnakan oleh YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH,Menteri Pendidikan II.Malam Final Anugerah Tokoh Siswa ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar IPTA dalam pelbagai kategori antaranya kategori kesukarelawanan dan kategori kempimpinan.Malam ini juga terdapat pelbagai lain termasuk anugerah tokoh sukarelawan siswa 2013, anugerah tokoh pemimpin siswa 2013 dan anugerah menteri pendidikan 2013.Universiti Malaysia Kelantan(UMK) juga menghantar beberapa calon untuk dipertandingkan.Malangnya, rezeki tidak menyebelahi UMK pada tahun ini kerana calon-calon terbabit tidak memenangi sebarang anugerah.Walauu bagaimanapun,tahniah diucapkan buat semua yang telah tercalon dalam Anugerah Tokoh Siswa 2013. Sesungguhnya pencalonan anda telah dapat mengharumkan nama UMK dimata umum.

 TOGETHER WE ARE ONE :)