Sunday, January 24, 2010

Bengkel Perancangan Strategik PRS UMK 2010

Unit Kaunseling telah menganjurkan satu Bengkel Perancangan Strategik PRS 2010 bagi memantapkan PRS umk serta merancang program sepanjang semester ini.

Bengkel ini berlangsung selama 2 hari satu malam pada 15 Januari hingga 16 Januari 2010 di Pelandang Inn Machang Kelantan. Seramai 30 orang peserta telah menghadari bengkel ini dan melalui enam modul utama.

Pada hari pertama, tiga modul yang dilangsungkan setelah ucapan aluan dari Tn Haji Wan Supian. Pemantapan PRS dan Brainstroming dan diakhiri oleh Tayangan Multimedia oleh Pn Mastura.

Pada hari kedua, tiga lagi modul untuk melengkapkan objektif program iaitu Perancangan dan strategi pelaksanaan program oleh Ahli Jawatan Kuasa PRS. Pembentangan Rancangan dan Resolusi. Akhirnya keseluruhan program ini, ahli-ahli PRS pulang bersama-sama beberapa perancangan aktiviti bagi manfaat bersama pelajar UMK.

snap time....enjoy!!!!!!


antara aktiviti yg berlangsung




antara mereka yg hadir



Sila Tinggalkan Komen

next entry

Selamat Datang

Ucapan selamat datang dan salam satu Malaysia kepada pelawat yang mengunjungi blog rasmi Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Universiti Malaysia Kelantan.

Blog ini akan memuatkan aktiviti dan info PRS UMK. Sebarang pertanyaan atau masalah, adalah dialu-alukan untuk merujuk bahagian column sebelah. Terima kasih.